JANGAN TANGISI APA YANG BUKAN MILIKMU (2)



Acapkali kita bersedih apabila sesuatu yang diingini tidak dapat dimiliki..
Hati mana yang tak kecewa bila telah sekian lama dinanti-nanti..
Terkadang bercucur air mata berhari-hari…
Hanya kerana hajat tidak dipenuhi...
Mungkin jua ada yang sanggup berkurung diri..
Semata-mata mengenang yang telah pergi..

Beginilah manusia…selalu meratap pada apa yang bukan miliknya…
Sehingga tak sedar telah mengabaikan permata di hadapan mata...
Kurniaan Allah untuk kita, tidak pula disedari..
Tapi yang jauh dari jangkauan jemari..
Itu yang sering ditangisi…

Sedarlah…setiap apa yang berlaku itu, segalanya dalam genggaman pengetahuan-Yang Maha Esa.
Fikirlah…Yakinkan hati dan jiwa..
bahawa “Setiap Yang Berlaku Itu Pasti Ada Hikmahnya”

Sekali pun tibanya saat semua hajat tidak terpenuh…
Pasti hati kita tetap akan tenang...

Kerana Allah itu Maha Adil bagi setiap hamba-Nya yang bersabar..
Kekadang kita tidak sedar Dia telah pun menggantikan kita
dengan sesuatu yang lebih sesuai untuk keperluan dan hidup kita.

Apabila sesuatu itu tidak dapat kita miliki..
Janganlah ia terus ditangisi..
Pasti Dialah yang lebih tahu apa yang berhak kita punyai…

Renung-renungkan…


Kisah Penjual Tempe

Dalam sebuah kampung ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Pekerjaan itu merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Suatu pagi seperti biasa, ketika dia sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, masih separuh jadi.Kebiasaannya tempe dia telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Tuhan,aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin.."

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung
seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe.Amin..."

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan itu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi. Sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun dengan keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan perjalanan ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.
"Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin..". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yang berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun terpaku seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawannya yang sama-sama menjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin
bertanya, Makcik ada tak jual tempe yang belum menjadi? Dari pagi tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi".

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin..."

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari kampung. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Janganlah sekali-kali kita berputus asa terhadap apa yang didoakan. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Yakinlah kita bahawa REZEKI itu di tangan Tuhan...Wallahua'Lam ^_^

~Renung-renungkan dan selamat beramal~


Bilakah masa kita??



Bilakah kita akan didatangi malaikat maut?

seratus tahun lagi?

sepuluh tahun lagi?

atau hanya beberapa saja hari lagi?

Atau hanya SEBENTAR saja lagi..

Sesungguhnya mati itu sesuatu yang pasti...

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu

Salam Ramadhan ...

Sebenarnya tiada idea sangat untuk menulis malam ni..

Tapi teringat pula pada pada trademark kumpulan kami
"Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu"

Penulis dapat idea nak jadikan ia sebagai trademark kat atas tu selepas terjumpa blog ni
http://promote5.blogspirit.com/

Thanks...tapi bila search kat internet banyak rupanya artikel yang sama menulis tentang topik ni "Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu". Majoritinya di copy sahaja...Maka penulis memohon maaf kerana tidak dapatlah berterima kasih kepada penulis asal artikel tersebut...

Memang ada niat di hati untuk mengulas berkaitan topik "Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu" ini...
Tapi entahlah malam ni idea seakan nak berehat...maka menyebabkan tak terkeluarla artikel tersebut...

Namun, insyaalah penulis akan mengulas juga berkaitan topik ini...
Mudah-mudahan...

Fikirlah Selagi Tuhan Masih Memberi Ruang Untuk Kita Berfikir


"Ha fikir Mat, jangan tak fikir... Tuhan bagi otak untuk fikir, bukan untuk dibekukan aje kat kepala tu"

Namun, masih ramai individu yang tidak mahu berfikir.

Hidup hanya untuk suka-suka..

Bercakap hanya untuk melepas rasa..

Bertindak ikut jiwanya sahaja..

Berusaha ikut nak dan tidak saja..


Di mana letaknya akal fikir yang tersedia??

Atau lupakah kita akan hadirnya anugerah istimewa itu dari-Nya??


Kekadang terdetik juga diminda..

Mungkin jika haiwan itu di beri akal fikir..pasti ia akan menyatakan betapa bodohnya
manusia yang dikurnia akal,
tapi tidak tahu cara menggunakannya.


Lihat sahaja.. haiwan yang dikurnia nafsu dan kepala semata...

Terkadang masih tahu membeza mana anak..mana mangsa..mana nak...mana tidak..


Tapi manusia bijak lagi berlagak yang kononnya bangga disertakan akal bersama
bertindak mengikut rasa, jiwa, nafsu semata...

Katanya..sudah berfikir!!...
tapi tidak tahu apa yang difikir hingga masih bertindak seperti orang yang tidak tahu berfikir...


Ingat-ingatlah...

Kurniaan akal fikiran juga pinjaman semata..

Mungkin esok atau petang nanti...hilang tak semena-mena..


Hargailah ia sepertimana kita menghargai insan yang tersayang..

Gunalah ia sebaiknya...


Dan...

Fikirlah Selagi Tuhan Masih Memberi Ruang Untuk Kita Berfikir..


Kerana apabila tiba satu saat di mana kita baru mahu berfikir,
Namun ketika itu hanya istilah 'terlewat' yang mampu menyapa...

Pasti tiada lagi masa untuk kita kembali kepada asalnya...

Sekalipun kita berkali-kali cuba menginsafi kelalaian sendiri untuk BERFIKIR sebaiknya...


Renung-Renungkan dan Selamat Beramal!!!

Di sini bermula…..

Salam jengah kepada semua….

Tanggal 02 September 2009, satu lagi ilmu baru menjengah ke kotak fikiran kami. Ape tu????

“Blog…blog…bloggg…hari-hari kita dengar tentang blog…
Macam-macam jenis blog lahir umpama cendawan yang tumbuh sesudah hujan..
Ada blog mengenai perkongsian perjalanan hidup seharian..
Ada juga perkongsian ilmu..
Tapi tidak kurang juga blog yang melalaikan..”


Namun kali ini kami nak tampilkan satu blog yang tidaklah terlalu asing kepada pengunjung-pengunjung maya…..


Blog ini dihasilkan dengan harapan yang amat besar agar join venture kami diterima seadanya oleh pengunjung yang berkemungkinan telah memiliki blog yang lebih hebat dan berpengalaman…

Blog ini lebih bersifat perkongsian ilmu dan buah fikiran serta galakan-galakan membina kepada semua yang datang berkunjung…


Rupa-rupanya… semakin banyak yang kita dipelajari… semakin banyak perkara yang tidak diketahui

Harap sudi menjengah lagi dan memberi tunjuk ajar ye… !!!!
Wassalam…