BAGAIMANA MENGAWAL MARAH???

“Geramnya aku, sakitnya hat! dia ingat dia bagus sangat?
Ingat dia hebat sangat ke!"
Maka berbakul-bakullah kalimah @!?&%# yang keluar dari mulut kita. Maklumkan orang tengah marah, macam-macam boleh keluar tanpa disedari. Malah kadangkala disebabkan rasa marah, ada yang hilang sabar sehingga sanggup menyakitkan hati orang lain atau ada yang lebih teruk hingga mencederakan.

Namun, kita perlu sedar marah ini perlu dikawal.
Tapi bagaimana cara mengawalnya:

1. Berjuang menentang rasa marah
2. Hilangkan merah padam di wajah

3. Ingat Allah
4. Alih perhatian pada perkara lain

5. Segera ambil wuduk
6. Hapuskan semua sifat kemungkaran

7. Marah bukan sikap orang berani
8. Kembali pada syariat

9. Ingat ancaman Allah
10.Ingat akibat permusuhan

11.BURUKNYA ORANG MARAH!!

12.Fikirkan akibat marah
13.Amalan doa jauhi marah.
Baca taawuz yang disuruh oleh Rasulullah iaitu: “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Sulaiman bin Syarad)

14.Tahan marah kerana Allah
Jika masih marah, duduklah jika anda sedang berdiri, jika sedang duduk maka berbaringlah. Ini juga mungkin dapat meredakan kemarahan. Seterusnya, sunat mengambil wuduk kerana kepanasan marah boleh dikurangkan dengan air sembahyang. (Maksud hadis riwayat Abu Daud daripada Athiyah as-Sa’di)


CONTOH ORANG YANG SABAR

Sahabat Rasulullah, Salman al-Farisi tidak pernah mempedulikan maki hamun orang terhadapnya. Setiap kali mendengar cemuhan dan maki hamun orang, dia sekadar berkata: “Kalau ringan timbangan amalanku, maka tentulah aku lebih jahat daripada apa yang engkau katakan. Dan sekiranya berat timbangan amalanku, maka tidaklah mendatangkan mudarat kepadaku apa yang engkau katakan.”

Begitu juga ulama Ar-Rabi’ bin Khaitham, apabila dimarahi orang, dia hanya menjawab: “Saudara, sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata engkau. Sekiranya aku dapat memotongnya, maka tidaklah mendatangkan mudarat kepadaku apa yang engkau katakan ini. Dan sekiranya, aku tidak dapat menolongnya, maka aku ini lebih jahat daripada apa yang engkau katakan.”

Ulama Asy-Sya’bi pula pernah dimaki hamun oleh seorang lelaki. Dia bukan sahaja tidak marah, malah telah mendoakan lelaki yang memakinya itu. Katanya kepada lelaki itu: “Sekiranya engkau benar, maka kiranya Allah mengampunkan dosaku. Dan sekiranya engkau dusta, maka kiranya Allah mengampunkan dosa engkau.”

20 CARA MUDAH UNTUK BELAJAR

cerita pasal exam, peperiksaan dan ujian ni memang tak akan habis selagi hayat masih dikandung badan. Tapi kalau dalam kubur pun ada ujiannya. manusia memang tak akan lepas dari ujian. tapi ujian-ujian tersebut berbeza mengikut situasi dan individu. sebagai pelajar ujian penting untuk mengetahui tahap pengetahuan, maksudnya kita perlu melalui proses pembelajaran. bila berlaku perubahan terhadap 3 domain utama iaitu tingkahlaku, pengetahuan dan perasaan itulah dikatakan belajar. tak semua orang dapat belajar dengan mudah. di sini saya ingin kongsikan cara-cara untuk belajar sesuatu dengan mudah....

MIMPIKAN SESUATU
Apakah hajat anda?
Anda mahu menjadi seorang penulis?
Seorang guru yang berjaya, yang disayangi?

TETAPKAN SESUATU MATLAMAT DAN MASA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT ITU
Tentukan matlamat anda.
Rancangkan langkah-langkah yang realistik
untuk mencapai matlamat itu dalam masa yang sesuai.

BELAJAR DARI MEREKA YANG PAKAR
Belajar dari orang lain yang boleh membantu, bukan dari mereka yang menjadi penghalang.

MULA DENGAN MENDAPAT GAMBARAN BESAR TENTANG SESUATU PERKARA ITU
(GET THE BIG PICTURE)

CARI PRINSIP ASAS YANG PENTING
Apakah asas yang penting dalam pedagogi? ekonomi mikro? dalam perniagaan menjual buku? dalam pelaburan? dalam menghiasi rumah?

JANGAN AMBIL NOTA BIASA, BUAT PETA MINDA
Peta minda, peta konsep, dan rajah memudahkan anda memahami dan mengingat kembali

SELALU BERTANYA
Jangan segan bertanya. Tanya siapa saja; telefon, e-mail, rujuk kepada pensyarah, jurulatih, rakan. Tanya apa? siapa? mengapa? di mana? bagaimana? Dapatkan maklumat betul

JANGAN TAKUT MENCUBA SESUATU DAN MEMBUAT KESILAPAN. KITA BOLEH BELAJAR DAN HARUS BELAJAR DARI KESILAPAN KITA

Don’t be afraid to fail. Learn from our mistakes

INGATKAN SEMULA APA YANG TELAH ANDA BELAJAR –MELALUI DERIA YANG KAMU BELAJAR
Jika kamu belajar sesuatu melalui pemerhatian dan pendengaran, ingatkan balik ‘apa yang kamu perhati dan dengar’.

ULANGKAJI DAN FIKIR
Ulangkaji di mana saja dan bila saja. Guna peta minda. Fikir semula apa yang anda pelajari. Betulkah? Apakah buktinya? contohnya? hujahnya?

GUNAKAN ‘LINKING TOOLS’ ATAU ‘MEMORY PEGS’
Hubungkan perkara yang ingin diingat dengan sesuatu yang fisikal, visual; buat cerita; akronim daripada huruf awal perkataan

BELAJAR TEKNIK ‘RELAXED AWARENESS’
Releks, tenangkan fikiran dan emosi. Buat refleksi apa yang kamu telah pelajari hari ini. Bayangkan rancangan untuk esok.

BELAJAR DENGAN SERONOK, SECARA BERMAIN
Belajar bersama 2-3 rakan membantu kita melihat sesuatu dari perspektif lain, dan boleh menyeronokkan

AJAR ORANG LAIN
Ajar rakan, murid, adik apa yang kita tahu. jangan la kedekut dengan ilmu yang kita ada. ilmu kalau diajar kepada orang laian makin bertambah.

BUKAKAN FIKIRAN ANDA
Penghalang utama dalam proses mendapat ilmu ialah fikiran kita yang tertutup, sempat dan sikap prejudis.Pengalaman kita yang lalu jadikan pengajaran dan panduan. Jangan ia menjadikan penghalang.


Kita boleh belajar apa saja, daripada sesiapa saja, dari pelbagai sumber dan dari persekitaran kita. Kita saja yang boleh menentukan kejayaan kita.

EXAM…





Peperiksaan sering menyebabkan ramai dari kita stress bukan..
Tak kurang juga yang sampai sakit kepala memikirkannya.
Namun, ada satu kata-kata yang sentiasa membuat penulis tenang apabila hendak menghadapi peperiksaan..
Bukanlah persediaan itu terlalu rapi…
Tapi ketenangan jiwa akan mampu untuk mengarahkan tindakan kita menjadi orang yang lebih rasional dan komited terhadap tanggungjawab kita..
Betul tak?


Sekadar penghibur hati yang gundah mungkin..
Hayatilah bait kata-kata ini:

If you stressed by EXAM,
REMEMBER!!
STERSSED is just DESSERTS..
Spelled backwords..
So, EXAMS are just a piece of cake… (yum yum yum)


Jadi sekarang..bila dah rasa tertekan dengan exam…
Anggap je peperiksaan tu sebagai salah satu DESSERTS yang amat menyelerakan..
Buku-buku dalam pelbagai bentuk tu sebagai perencah kepada kejayaan kita kelak..
Moga kita sentiasa berusaha menuju jalan kemenangan..Insyaallah..

Good Luck..
Dan Salam Kejayaan bagi semua yang telah dan bakal menempuh peperiksaan.
Maaf atas segala salah silap..
Terlanjur kata..Tersalah menegur..
Terasa dalam memberi peringatan..
Tersalah sangka… Terguris hati..
Dan saya doakan semua sahabat-sahabat agar berada dalam lindungan Ilahi hendaknya..Insyaalah…
Salam semua… Salam Keceriaan dan Salam Pengakhiran Syawal..
Mudah-mudahan bertemu dengan Ramadhan dan Syawal akan datang…

Siapa Anda???



Siapa kita akan datang??
Ia akan ditentukan dengan cara kita sendiri
bagaimana kita berusaha pada hari ini untuk merealisasikan masa depan kita itu..

Tiada siapa yang dapat mengubahnya..melainkan diri kita sendiri
Bukan semua perkara berjalan mengikut kehendak kita..
Adakala ia tersasar dari landasan keinginan kita..

Namun kekecewaan bukanlah penyelesai masalah

Cukuplah bersedih sementara cuma..
Kerana pastikan datang satu saat kejayaan
yang cukup manis untuk dikenang..

Kerana ada kata-kata menyatakan bahawa...
"KEGAGALAN ITU ADALAH KEJAYAAN YANG TERTANGGUH"




Iri hati? Dendam? Dengki?


Assalamualaikum...

Pastinya ramai tertanya-tanya pada tajuk entry ni kan? hm... banyak benda nak dikongsi, cuma adakalanya kekangan masa dan kekurangan idea jadi penghalang. Maybe bagi sesetengah orang, kita mesti paksa diri kita untuk banyakkan idea dan pandaikan diri dengan sesuatu. Tapi kalau kita dah buat yang terbaik, kenapa tidak hargai yang kita dah laksanakan? sekurang-kurangnya kita rasa pengorbanan perahan idea kita tu berbaloi-baloi...

"Ingat senang ke seseorang yang jarang-jarang ada idea nak korbankan otak untuk curahkan sesuatu???"

Janganlah kerana kita memiliki kepandaian yang banyak sehingga kita menyalahkan orang lain untuk buat sesuatu yang sama macam kita. Kemampuan setiap orang berbeza sahabatku... adakalanya, kita selalu mengatakan kita nak memotivasikan orang, tapi pernahkah kita motivasikan diri kita untuk sesaat cuma?

Hehe... teremosional pulak ye. saje nak buat pendahuluan cam tu... Itu lah nama nya "set induksi". Biarkan orang tertanya-tanya apa yang kita nak ceritakan dalam tajuk ni. Insyaallah, ianya sesuatu yang lebih baik dan akan memberi manfaat pada semua.

Teringat satu kisah yang pernah saya baca melalui email yang dikirimkan sahabat baik saya di suatu ketika dulu. Tapi kesan dari pembacaan tu, sampai sekarang masih teringat-ingat.

Kisah nya begini...

Seorang guru menyuruh murid-muridnya membawa sekantung plastik yang jernih ke kelas. Setiap kantung plastik itu diisi dengan kentang. Setiap kentang mewakili setiap orang yang tidak mahu mereka maafkan. Mereka juga dikehendaki menulis nama orang yang tidak mahu mereka maafkan. Mereka diminta oleh guru untuk membawa kantung tersebut ke mana sahaja mereka pergi sama ada semasa tidur, belajar dan bermain dalam masa seminggu genap.

Terdapat juga murid yang membawa kandungan plastik yang ringan, tak kurang juga membawa kantung yang berat. Lama-kelamaan, kantung plastik yang berisi kentang tersebut mulai membusuk. Ramai murid yang merungut dan tak sanggup untuk menyimpan dan membawa kantung tersebut ke mana-mana selepas 1 minggu berlalu. Kebanyakan mereka memilih untuk membuang kantung itu.

Guru pun menerangkan tugasan ini diberikan adalah untuk memberi pengajaran kepada murid-murid. Setiap biji kentang yang diisi di dalam kantung adalah mewakili orang-orang yang dibenci dan dimarahi. Jadi semakin banyak kita marah dan membenci orang, makin banyak la kentang yang diisi. Makna nya, semakin lama kita menyimpan kentang (yang diumpamakan seolah-olah orang yang tidak boleh dimaafkan), ianya akan semakin membusuk. Sedangkan, memaafkan (dengan membuang kentang tersebut) adalah sesuatu yang amat mudah berbanding membawa beban iri hati, dendam dan amarah ke mana sahaja.

* Ini merupakan sebuah perumpamaan yang baik mengenai harga yang perlu kita bayar untuk sebuah kepahitan yang kita simpan. Getir dan berat merupakan aroma yang tidak menyedapkan. Kita sering memikirkan memaafkan adalah semata-mata hadiah bagi orang yang kita beri maaf. Namun kita tak sedar bahawa kita harus kembali belajar dan sedar yang pemberian itu juga merupakan hadiah buat diri kita sendiri. Hadiah untuk sebuah kebebasan ; bebas dari rasa tertekan, dendam, amarah dan kedegilan hati.


* Renung-renungkan dan selamat beramal ~~~ *

Ke mana Arah Tuju Hidup Kita??


Ke mana Arah Tuju Hidup Kita??


Dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar ini…

Kita seringkali dihadapkan dengan pelbagai ujian hidup.

Tiada seorang pun yang akan terlepas dari melalui ujian tersebut

selagi mana dia digelar makhluk Allah.

Terlekat diminda ketika mendengar forum HALAQAH baru-baru ini.

Tajuknya “HIKMAH”

Tidaklah terlalu fokus ketika mendengar forum tersebut kerana sambil menyelam,

minum air… (dengar sambil buat keje lain sekali..hehe)

Masih terngiang-ngiang kata-kata salah seorang ahli panel pada malam tu, Ustaz Zawawi.

Beliau menyatakan bahawa “Jambatan merupakan tempat yang dijadikan laluan persinggahan… bukan tempat untuk memancing…”

Agak pelik yer…

Sabar dulu..tak habis lagi…

Sambungnya lagi…


“Begitu jugalah dengan DUNIA ini, ia hanyalah tempat laluan persinggahan untuk kita sampai ke destinasi sebenar hala tuju kita kelak iaitu negeri AKHIRAT…”

Dunia bukanlah tempat untuk kita mengumpul kesenangan semata-mata…

ia sementara cuma…

Jika ada yang terleka…peringatkanlah, tegur menegurlah sesame kita…

Jangan ada rasa penting diri… barulah Islam itu nampak kemuliaan-Nya..


Bagaimana hendak menarik ramai none-muslim memeluk Islam..

Jika orang Islam itu sendiri tidak menunjukkan contoh teladan yang baik…


Ingatlah…

“Bahawasanya kata-kata dan perlakuan kita yang baik itu..pasti akan ada pengikutnya…dan begitu jugalah sebaliknya”

Tidak banyak, pasti sedikit kita akan mendapat sahamnya…

Maka, fikir-fikirkanlah sebelum melakukan apa jua tindakan…


p/s: (Maaf..tidaklah 100% sama seperti ayat Ustaz … di olah dalam versi penulis coz tak ingat la word by word..)

Salam Perkongsian..

2.56 a.m. Selasa 13.Oktober.2009

Kita dan Singa..

Ini kisah seekor singa..





Seakan tidak percaya..
singa yang kita kenali sebagai binatang yang garang, buas dan ganas itu,
terdapat kasih sayang yang tidak ternilai di dalamnya.
Tuhan menciptakannya dengan akal yang tidak sehebat manusia.

Namun, dengan kuasa Yang Maha Pencipta juga...
singa ini tidak pernah lupa akan orang yang pernah berjasa padanya dan membesarkannya..

Subhanallah.. sikap ganasnya hilang sekelip mata tatkala bertemu dengan teman yang dirinduinya, walau sekian lama tidak berjumpa..

Singa ini tahu erti rindu..
Singa ini tahu erti kasih sayang..
Ia juga mengerti akan jasa, pengorbanan, perpisahan dan pertemuan..

Tetapi manusia???

Manusia selalu alpa..
Manusia seringkali terleka..

ada kalanya manusia lupa..
Lupa akan insan yang pernah berkorban untuk dirinya..
Lupa akan hakikat bahawa dia hanyalah seorang 'hamba'
Lupa akan kebenaran bahawa sombongnya itu tidak akan ke mana..

acapkali dilihat di dada-dada akhbar,


'IBU BUANG ANAK'

'BAYI DITEMUI DI DALAM LONGKANG'

'ANAK BUNUH IBU KERANA CEMBURU'

'BUANG IBU DI AIDILITRI'


Alangkah jauhnya beza antara manusia dan singa.. renungkanlah...






Untuk yang berputus asa......

Kepada sesiapa sahaja yang sering berasa putus asa dengan setiap ujian yang menimpa diri, hayatilah video ini....



Janganlah kau berputus asa.

Jangan lupa untuk mengungkapka syukur atas semua nikmatNYa.

Sesungguhnya kejayaan itu bukanlah percuma..

Manisnya kegagalan..

Siapa yang tak pernah mengalami kegagalan di dalam hidupnya?

Semasa kecil, kita pernah gagal beratus kali ketika mahu belajar berjalan..
Kita berjalan selangkah, kemudian terduduk.. Berjalan pula tiga langkah, dan terjatuh lagi..

Tapi ketika itu, kita tidak pernah kenal erti putus asa. Kita akan bangun kembali setelah terjatuh. Dan akhirnya, kita berjaya juga berjalan dengan baik, bahkan boleh berlari sesuka hati ke mana sahaja.. Semuanya kerana kita tidak pernah berputus asa..

Begitu juga dengan Thomas Alfa Edison. Beliau mengalami 9000nkali kegagalan sebelum akhirnya berjaya menemukan mentol lampu. Dia tidak menyesal dengan kegagalannya-kegagalannya, bahkan berasa beruntung menemui 8999 cara yang salah dalam membuat mentol lampu..Kemudian dia dapat mencipta 1093 paten lampu, orang yang paling banyak memegang paten dalam sejarah..

Dengan kegagalan, kita akan beroleh ilmu yang baru.. Apabila mengetahui cara yang salah ia akan memberi pengajaran dan kita tidak akan mengulanginya lagi..

Kegagalan dapat memberi kita kekuatan. Anggaplah ia sebagai satu latihan.. Dengan latihan kita semakin kuat dan tabah.. Practice make perfect..

Kegagalan juga adalah ladang untuk mendapatkan pahala. Apabila kita menghadapi kegagalan dengan sikap positif, kita akan mmemperoleh pahala..

Jadi, jangan takut dengan kegagalan.. hadapinya dengan hati yang terbuka..

JANGAN TANGISI APA YANG BUKAN MILIKMU (2)



Acapkali kita bersedih apabila sesuatu yang diingini tidak dapat dimiliki..
Hati mana yang tak kecewa bila telah sekian lama dinanti-nanti..
Terkadang bercucur air mata berhari-hari…
Hanya kerana hajat tidak dipenuhi...
Mungkin jua ada yang sanggup berkurung diri..
Semata-mata mengenang yang telah pergi..

Beginilah manusia…selalu meratap pada apa yang bukan miliknya…
Sehingga tak sedar telah mengabaikan permata di hadapan mata...
Kurniaan Allah untuk kita, tidak pula disedari..
Tapi yang jauh dari jangkauan jemari..
Itu yang sering ditangisi…

Sedarlah…setiap apa yang berlaku itu, segalanya dalam genggaman pengetahuan-Yang Maha Esa.
Fikirlah…Yakinkan hati dan jiwa..
bahawa “Setiap Yang Berlaku Itu Pasti Ada Hikmahnya”

Sekali pun tibanya saat semua hajat tidak terpenuh…
Pasti hati kita tetap akan tenang...

Kerana Allah itu Maha Adil bagi setiap hamba-Nya yang bersabar..
Kekadang kita tidak sedar Dia telah pun menggantikan kita
dengan sesuatu yang lebih sesuai untuk keperluan dan hidup kita.

Apabila sesuatu itu tidak dapat kita miliki..
Janganlah ia terus ditangisi..
Pasti Dialah yang lebih tahu apa yang berhak kita punyai…

Renung-renungkan…


Kisah Penjual Tempe

Dalam sebuah kampung ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Pekerjaan itu merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Suatu pagi seperti biasa, ketika dia sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, masih separuh jadi.Kebiasaannya tempe dia telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Tuhan,aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin.."

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung
seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe.Amin..."

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan itu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi. Sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun dengan keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan perjalanan ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.
"Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin..". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yang berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun terpaku seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawannya yang sama-sama menjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin
bertanya, Makcik ada tak jual tempe yang belum menjadi? Dari pagi tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi".

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin..."

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari kampung. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Janganlah sekali-kali kita berputus asa terhadap apa yang didoakan. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Yakinlah kita bahawa REZEKI itu di tangan Tuhan...Wallahua'Lam ^_^

~Renung-renungkan dan selamat beramal~


Bilakah masa kita??



Bilakah kita akan didatangi malaikat maut?

seratus tahun lagi?

sepuluh tahun lagi?

atau hanya beberapa saja hari lagi?

Atau hanya SEBENTAR saja lagi..

Sesungguhnya mati itu sesuatu yang pasti...

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu

Salam Ramadhan ...

Sebenarnya tiada idea sangat untuk menulis malam ni..

Tapi teringat pula pada pada trademark kumpulan kami
"Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu"

Penulis dapat idea nak jadikan ia sebagai trademark kat atas tu selepas terjumpa blog ni
http://promote5.blogspirit.com/

Thanks...tapi bila search kat internet banyak rupanya artikel yang sama menulis tentang topik ni "Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu". Majoritinya di copy sahaja...Maka penulis memohon maaf kerana tidak dapatlah berterima kasih kepada penulis asal artikel tersebut...

Memang ada niat di hati untuk mengulas berkaitan topik "Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu" ini...
Tapi entahlah malam ni idea seakan nak berehat...maka menyebabkan tak terkeluarla artikel tersebut...

Namun, insyaalah penulis akan mengulas juga berkaitan topik ini...
Mudah-mudahan...

Fikirlah Selagi Tuhan Masih Memberi Ruang Untuk Kita Berfikir


"Ha fikir Mat, jangan tak fikir... Tuhan bagi otak untuk fikir, bukan untuk dibekukan aje kat kepala tu"

Namun, masih ramai individu yang tidak mahu berfikir.

Hidup hanya untuk suka-suka..

Bercakap hanya untuk melepas rasa..

Bertindak ikut jiwanya sahaja..

Berusaha ikut nak dan tidak saja..


Di mana letaknya akal fikir yang tersedia??

Atau lupakah kita akan hadirnya anugerah istimewa itu dari-Nya??


Kekadang terdetik juga diminda..

Mungkin jika haiwan itu di beri akal fikir..pasti ia akan menyatakan betapa bodohnya
manusia yang dikurnia akal,
tapi tidak tahu cara menggunakannya.


Lihat sahaja.. haiwan yang dikurnia nafsu dan kepala semata...

Terkadang masih tahu membeza mana anak..mana mangsa..mana nak...mana tidak..


Tapi manusia bijak lagi berlagak yang kononnya bangga disertakan akal bersama
bertindak mengikut rasa, jiwa, nafsu semata...

Katanya..sudah berfikir!!...
tapi tidak tahu apa yang difikir hingga masih bertindak seperti orang yang tidak tahu berfikir...


Ingat-ingatlah...

Kurniaan akal fikiran juga pinjaman semata..

Mungkin esok atau petang nanti...hilang tak semena-mena..


Hargailah ia sepertimana kita menghargai insan yang tersayang..

Gunalah ia sebaiknya...


Dan...

Fikirlah Selagi Tuhan Masih Memberi Ruang Untuk Kita Berfikir..


Kerana apabila tiba satu saat di mana kita baru mahu berfikir,
Namun ketika itu hanya istilah 'terlewat' yang mampu menyapa...

Pasti tiada lagi masa untuk kita kembali kepada asalnya...

Sekalipun kita berkali-kali cuba menginsafi kelalaian sendiri untuk BERFIKIR sebaiknya...


Renung-Renungkan dan Selamat Beramal!!!

Di sini bermula…..

Salam jengah kepada semua….

Tanggal 02 September 2009, satu lagi ilmu baru menjengah ke kotak fikiran kami. Ape tu????

“Blog…blog…bloggg…hari-hari kita dengar tentang blog…
Macam-macam jenis blog lahir umpama cendawan yang tumbuh sesudah hujan..
Ada blog mengenai perkongsian perjalanan hidup seharian..
Ada juga perkongsian ilmu..
Tapi tidak kurang juga blog yang melalaikan..”


Namun kali ini kami nak tampilkan satu blog yang tidaklah terlalu asing kepada pengunjung-pengunjung maya…..


Blog ini dihasilkan dengan harapan yang amat besar agar join venture kami diterima seadanya oleh pengunjung yang berkemungkinan telah memiliki blog yang lebih hebat dan berpengalaman…

Blog ini lebih bersifat perkongsian ilmu dan buah fikiran serta galakan-galakan membina kepada semua yang datang berkunjung…


Rupa-rupanya… semakin banyak yang kita dipelajari… semakin banyak perkara yang tidak diketahui

Harap sudi menjengah lagi dan memberi tunjuk ajar ye… !!!!
Wassalam…