JANGAN TANGISI APA YANG BUKAN MILIKMU (2)



Acapkali kita bersedih apabila sesuatu yang diingini tidak dapat dimiliki..
Hati mana yang tak kecewa bila telah sekian lama dinanti-nanti..
Terkadang bercucur air mata berhari-hari…
Hanya kerana hajat tidak dipenuhi...
Mungkin jua ada yang sanggup berkurung diri..
Semata-mata mengenang yang telah pergi..

Beginilah manusia…selalu meratap pada apa yang bukan miliknya…
Sehingga tak sedar telah mengabaikan permata di hadapan mata...
Kurniaan Allah untuk kita, tidak pula disedari..
Tapi yang jauh dari jangkauan jemari..
Itu yang sering ditangisi…

Sedarlah…setiap apa yang berlaku itu, segalanya dalam genggaman pengetahuan-Yang Maha Esa.
Fikirlah…Yakinkan hati dan jiwa..
bahawa “Setiap Yang Berlaku Itu Pasti Ada Hikmahnya”

Sekali pun tibanya saat semua hajat tidak terpenuh…
Pasti hati kita tetap akan tenang...

Kerana Allah itu Maha Adil bagi setiap hamba-Nya yang bersabar..
Kekadang kita tidak sedar Dia telah pun menggantikan kita
dengan sesuatu yang lebih sesuai untuk keperluan dan hidup kita.

Apabila sesuatu itu tidak dapat kita miliki..
Janganlah ia terus ditangisi..
Pasti Dialah yang lebih tahu apa yang berhak kita punyai…

Renung-renungkan…


No comments:

Post a Comment