Iri hati? Dendam? Dengki?


Assalamualaikum...

Pastinya ramai tertanya-tanya pada tajuk entry ni kan? hm... banyak benda nak dikongsi, cuma adakalanya kekangan masa dan kekurangan idea jadi penghalang. Maybe bagi sesetengah orang, kita mesti paksa diri kita untuk banyakkan idea dan pandaikan diri dengan sesuatu. Tapi kalau kita dah buat yang terbaik, kenapa tidak hargai yang kita dah laksanakan? sekurang-kurangnya kita rasa pengorbanan perahan idea kita tu berbaloi-baloi...

"Ingat senang ke seseorang yang jarang-jarang ada idea nak korbankan otak untuk curahkan sesuatu???"

Janganlah kerana kita memiliki kepandaian yang banyak sehingga kita menyalahkan orang lain untuk buat sesuatu yang sama macam kita. Kemampuan setiap orang berbeza sahabatku... adakalanya, kita selalu mengatakan kita nak memotivasikan orang, tapi pernahkah kita motivasikan diri kita untuk sesaat cuma?

Hehe... teremosional pulak ye. saje nak buat pendahuluan cam tu... Itu lah nama nya "set induksi". Biarkan orang tertanya-tanya apa yang kita nak ceritakan dalam tajuk ni. Insyaallah, ianya sesuatu yang lebih baik dan akan memberi manfaat pada semua.

Teringat satu kisah yang pernah saya baca melalui email yang dikirimkan sahabat baik saya di suatu ketika dulu. Tapi kesan dari pembacaan tu, sampai sekarang masih teringat-ingat.

Kisah nya begini...

Seorang guru menyuruh murid-muridnya membawa sekantung plastik yang jernih ke kelas. Setiap kantung plastik itu diisi dengan kentang. Setiap kentang mewakili setiap orang yang tidak mahu mereka maafkan. Mereka juga dikehendaki menulis nama orang yang tidak mahu mereka maafkan. Mereka diminta oleh guru untuk membawa kantung tersebut ke mana sahaja mereka pergi sama ada semasa tidur, belajar dan bermain dalam masa seminggu genap.

Terdapat juga murid yang membawa kandungan plastik yang ringan, tak kurang juga membawa kantung yang berat. Lama-kelamaan, kantung plastik yang berisi kentang tersebut mulai membusuk. Ramai murid yang merungut dan tak sanggup untuk menyimpan dan membawa kantung tersebut ke mana-mana selepas 1 minggu berlalu. Kebanyakan mereka memilih untuk membuang kantung itu.

Guru pun menerangkan tugasan ini diberikan adalah untuk memberi pengajaran kepada murid-murid. Setiap biji kentang yang diisi di dalam kantung adalah mewakili orang-orang yang dibenci dan dimarahi. Jadi semakin banyak kita marah dan membenci orang, makin banyak la kentang yang diisi. Makna nya, semakin lama kita menyimpan kentang (yang diumpamakan seolah-olah orang yang tidak boleh dimaafkan), ianya akan semakin membusuk. Sedangkan, memaafkan (dengan membuang kentang tersebut) adalah sesuatu yang amat mudah berbanding membawa beban iri hati, dendam dan amarah ke mana sahaja.

* Ini merupakan sebuah perumpamaan yang baik mengenai harga yang perlu kita bayar untuk sebuah kepahitan yang kita simpan. Getir dan berat merupakan aroma yang tidak menyedapkan. Kita sering memikirkan memaafkan adalah semata-mata hadiah bagi orang yang kita beri maaf. Namun kita tak sedar bahawa kita harus kembali belajar dan sedar yang pemberian itu juga merupakan hadiah buat diri kita sendiri. Hadiah untuk sebuah kebebasan ; bebas dari rasa tertekan, dendam, amarah dan kedegilan hati.


* Renung-renungkan dan selamat beramal ~~~ *

No comments:

Post a Comment